Search
  • MShawal Rescom

6 Tips Memilih Ejen Hartanah & Sebab Kenapa Perlu Memilih

Pemilihan Ejen yang betul pasti akan memudahkan urusan jual beli hartanah anda.Berikut adalah beberapa Tips dalam memilih Ejen untuk mewakili anda.


1.Pengalaman


Menguruskan jualan & belian hartanah melibatkan proses dan beberapa prosedur yang boleh memakan masa anda & boleh menjadi rumit.Ejen yang berpengalaman sudah tentu mampu menguruskan jualan dalam masa yang di sasarkan & menyelesaikan apa saja isu dalam proses jual beli hartanah anda.


2.Pengetahuan tentang Pasaran Semasa kawasannya.


Pengetahuan pasaran & kawasan : Ejen hartanah terlatih seharusnya mempu bercakap tentang keadaan pasaran semasa dalam kawasannya dengan yakin.Sekiranya ejen tersebut tidak mampu memberikan penerangan dan jawapan dengan jelas/tepat,mungkin anda perlu mencari ejen hartanah yang lain.Dan yang paling utama,sekiranya anda ingin menjual hartanah di sesuatu kawasan,maka pilihlah ejen yang menguruskan hartanah di kawasan itu.


3.Skil rundingan


Jual Beli hartanah sangat memerlukan kemahiran rundingan yang baik..Anda melantik ejen hartanah untuk mendapatkan harga jualan dan pengurusan jualan yang terbaik,melantik ejen bermaksud bagi mewakili anda,maka pastikan ejen hartanah anda mampu melakukannya.


4.Rujukan


Mana-mana ejen hartanah berdaftar seharusnya mampu menjadi tempat rujukan anda sekiranya anda memerlukan maklumat & info  berkaitan bidang hartanah. 


5.Agensi hartanah yang mempunyai reputasi & di kenali.


Agensi hartanah yang baik sentiasa memastikan ejen-ejen hartanah mereka dilengakapi skill,pengetahuan,etika dan cara kerja yang profesional.Biarkan ejen yang profesional dan berpengalaman menguruskan hartanah anda.


6.Ejen yang aktif penyertaannya dalam sesebuah komuniti & mempunyai 'Database Buyer-Seller'


Database Buyer oleh ejen biasanya mampu menjimatkan masa anda dalam mendapatkan pembeli.Sudah tentu anda inginkan hartanah anda terjual dalam masa yang pantas.Adakalanya sesebuah hartanah yang diuruskan oleh ejen begini mampu  terjual dalam tempoh 1  hari sahaja !