Search
  • MShawal Rescom

Cara Mengira Kelayakan Pembiayaan Perumahan

Cara mudah menyemak kelayakan perumahan anda :

1.Semak rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan rekod CTOS. 

i)CCRIS :  Rekod bayaran pinjaman anda dengan institusi perbankan di Malaysia.Merangkumi pinjaman rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya. CCRIS ini adalah dibawah penyeliaan Bank Negara Malaysia. 

ii)CTOS : 

Rekod senarai hitam (blacklist). 

2.Kira DSR (Debt Service Ratio)

Bank akan mengambil kiraan ini dalam menentukan kelayakan Margin of Financing samada anda layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman.

Kadar DSR : jumlah komitmen dibahagikan dengan pendapatan bersih bulanan anda.

Kira DSR : Bayaran bulanan rumah yang hendak dibeli + komitmen sedia ada dengan bank / Gaji bersih x 100%

Contoh :

Ahmad berhasrat membeli rumah teres setingkat berharga RM230,000 di Melaka.

Pendapatan bersih bulanan – RM 2900 Hutang kereta – RM450 Anggaran ansuran bulanan  rumah yang ingin dibeli : RM1150

Kadar DSR Ahmad adalah: RM1150 + RM450 / RM2900 x 100% = 55.1%

Contoh 2

Abu berhasrat membeli rumah semi detached setingkat berharga RM320,000

Pendapatan bersih bulanan : RM4700 Hutang kereta : RM1000 Personal Loan : RM1100 Anggaran ansuran rumah berharga RM320K = RM1600

Kadar DSR Abu adalah :RM1600 + RM1000 + RM1100 / RM4700 x 100% = 78.7%

Berdasarkan contoh di atas :

-Ahmad masih berpeluang lulus dalam permohonannya manakala Abu agak sukar mendapatkan kelulusan dari Bank.

Walaubagaimanapun,kiraan DSR bank adalah berbeza-beza dan pembeli masih boleh mendapatkan pinjaman sekiranya mempunyai sumber pendapatan bulanan yang lain yang boleh dibuktikan yang mana boleh menguatkan lagi permohonannya.

Untuk lebih terperinci,anda boleh merujuk pada pegawai bank berhampiran anda.