Search
  • MShawal Rescom

Kelebihan Berurusan Dengan Perunding Hartanah Berdaftar

KENAPA PERLU BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR?


1) Mengelakkan Penipuan


Ejen Hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia di mana mereka dibekalkan dengan ID unik berserta Tag. (Mei 2014)


Setiap Ejen Hartanah Berdaftar mesti bernaung di bawah Agensi Hartanah & wajib menghadiri Seminar Pendaftaran Ejen Hartanah.


Sekiranya berlaku sebarang salah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat ejen tersebut untuk di bawa ke muka pengadilan.


Deposit Pembeli akan disimpan ke dalam Akaun Pelanggan Agensi Hartanah sebagai Pemegang Amanah bagi memastikan tiada penyelewengan.


2) Melancarkan Proses Jual Beli/Sewaan.


Urusan jual-beli tidak mudah. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.


Ejen hartanah akan memastikan setiap proses bermula dari pinjaman, dokumentasi sehingga selesai proses jual beli berjalan dengan lancar.


Urusan sewaan juga kadangkala agak rumit. Jadi, tugas ejen hartanah adalah memastikan perjanjian sewa beli dan urusan berjumpa bakal penyewa berjalan lancar.


3) Kemahiran.


Dalam proses jual beli, penting untuk kita mengetahui harga pasaran semasa, kelayakan seseorang pembeli, prosedur jual beli dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini ada pada ejen hartanah.


Seseorang ejen hartanah juga tahu mengetahui pasaran semasa sesuatu kawasan. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran.

Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit.


Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.


Dengan melantik ejen hartanah, pastinya akan menjimatkan masa pihak penjual dalam mengenalpasti potensi pembeli.


4) Jaringan Hartanah Yang Luas.


Ejen hartanah boleh mengesyorkan pihak yang pakar di dalam setiap prosedur jual beli rumah seperti:


Pegawai Bank – melancarkan proses pinjaman pembeli.

Penilai – memastikan harga di dalam nilai pasaran.

Peguam yang baik – sangat penting bagi proses dokumentasi serta urusan pindah milik sesuatu hartanah.