Search
  • MShawal Rescom

Prosedur Membeli Rumah

Prosedur membeli rumah Subsale melaui Ejen Hartanah :

i)Booking

-Setelah anda berpuas hati dengan keadaan rumah & harga,anda perlu membayar earnest deposit/booking fee dari 10% deposit sebanyak 3.18% sebagai tanda jadi.

-Pastikan bayaran booking ini di bayar atas nama Agensi Hartanah yang diwakili oleh agen yang menguruskan pembelian tersebut.

-Anda tidak perlu  risau tentang bayaran yang dibuat kerana agensi adalah sebagai Stakeholder untuk urusan pembelian anda & kebiasaannya booking fee akan dipulangkan semula sekiranya pinjaman perumahan anda gagal/tidak lulus.

-Lazimnya,anda perlu menyelesaikan permohonan pinjaman perumahan & menandatangani perjanjian jual beli dalam tempoh 14-21 hari bekerja.Oleh itu,adalah lebih baik anda menyemak kelayakan pinjaman perumahan anda terlebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan dari pihak anda.

ii)Sign Perjanjian Jual Beli - 14 ke 21 Hari

-Setelah pinjaman anda diluluskan,anda perlu melantik peguam untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli.

-Anda juga perlu menjelaskan baki deposit 6.82% bagi mencukupkan deposit 10%.Bayaran yang dibuat adalah kepada akaun firma guaman yang anda lantik.

iii)Consent/Confirmation Letter - 1 hingga 2 bulan

-Rumah berstatus FREEHOLD & Individual title tidak berkait dengan proses ini.

-Leasehold - memerlukan kebenaran permohonan pindah milik dari pejabat tanah.

iv)Settlement Period

-Anda sebagai Pembeli diberi tempoh 3 bulan bagi menjelaskan baki bayaran 90% (setelah ditolak deposit).Sekiranya rumah yang anda beli berstatus FREEHOLD,'Settlement Period' dikira dari tarikh Perjanjian Jual Beli di tandatangani.

Manakala jika LEASEHOLD,ianya dikira dari tarikh Consent diterima.Pihak Peguam yang dilantik akan menguruskan bagi pihak anda.Anda hanya perlu memantau & mengambil tahu perkembangan proses seterusnya selepas perjanjian jual beli ditandatangani.

v)Grace Period - 1 Bulan

-Sekiranya ada kelewatan dari pihak anda dalam menjelaskan baki bayaran 90% tersebut,anda diberi tempoh tambahan,kebiasaannya 1 bulan untuk melunaskan baki bayaran tersebut.Biasanya dikenakan faedah 8% dari baki bayaran yang belum diterima oleh Penjual.

Walaubagaimanapun,anda boleh berbincang dengan Penjual sekiranya ada masalah yang tidak dijangka yang boleh menyebabkan kelewatan.

vi)Serah Kunci

-Kunci akan diserahkan setelah bayaran penuh dibuat.

Sekiranya anda membeli rumah melalui agen hartanah,kebiasaannya prosesnya kan menjadi lebih mudah memandangkan agen akan menerangkan prosedur belian lebih awal dan membantu anda menguruskan pembelian dari awal hingga akhir.Cuma pastikan anda berurusan dengan agen hartanah yang berdaftar.