Want To Sell Your House ? We Sell FAST!

 

Sekiranya anda merancang untuk menjual rumah dalam masa terdekat, kami menawarkan khidmat nasihat awal secara PERCUMA.

​​

Khidmat nasihat awal ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal dan persediaan bagi menjual rumah.​

Antara khidmat nasihat tersebut seperti :​

  • Semak Harga Pasaran Terkini 

  • Membuat kajian pasaran semasa

  • Cadangan dalam menentukan harga jualan yang sesuai

  • Prosedur & proses lengkap jual-beli rumah

  • Anggaran tempoh masa bagi mendapatkan hasil jualan rumah

  • Dokumen yang diperlukan untuk menjual rumah

Hanya tinggalkan pesanan anda,kami akan hubungi anda secepat mungkin.

1/1

Kenapa Anda Perlu Semak Harga Pasaran ?

Menyemak Harga Pasaran terlebih dahulu akan memudahkan anda untuk menetapkan Harga Jualan Rumah anda.Dengan mengetahui anggaran  Harga Pasaran yang Tepat,anda boleh menetapkan Harga Jualan yang bersesuaian untuk rumah anda.

Anda juga boleh mengelakkan kesilapan umum sewaktu menjual rumah seperti menjual terlalu rendah dari harga pasaran sebenar ataupun menjual melebihi harga pasaran.

 

Kesilapan dalam menetapkan harga jualan berpotensi menjurus kepada masalah-masalah yang mungkin berlaku.

Apa yang di perlukan untuk menyemak Harga Pasaran Rumah ?

Untuk menyemak harga pasaran rumah semasa yang TERKINI,sebaiknya anda menyediakan maklumat yang di perlukan seperti :

  • Alamat penuh rumah

  • Jenis rumah 

  • Keluasan rumah / Saiz Rumah serta Jumlah Bilik

  • Butiran ubahsuai termasuk Kos, jika ada

  • Harga jualan

Dengan maklumat hartanah yang lengkap,Ejen Hartanah boleh mendapatkan anggaran harga Pasaran Semasa yang TERKINI seterusnya membuat kajian Pasaran Semasa dalam menentukan Harga Jualan yang sesuai.

Cara mendapatkan Harga Pasaran

1.Bertanya kepada Jiran

Anda boleh bertanya-tanya kepada jiran-jiran di sekitar anda Sekiranya terdapat rumah yang telah dijual di kejiranan anda.Sesetengah kejiranan/taman di Melaka,adakalanya terdapat sehingga berbelas rumah yang telah dijual dalam satu tahun dalam kawasan tersebut.Bagi kejiranan yang sebegini,tidak sukar untuk anda menganggarkan harga pasaran yang terbaru.

2.Iklan Rumah Untuk Di Jual

Portal-portal hartanah online juga boleh menjadi tempat rujukan anda seperti iproperty,mudah.my,propertyguru dan laman-laman ejen hartanah .Anda harus membandingkan harga di antara beberapa laman kerana harga yang diiklankan pastilah lebih tinggi dari harga pasaran.

3.Ejen Hartanah Berdaftar

Cara termudah dan paling tepat adalah merujuk kepada Ejen Hartanah yang mahir di kawasan anda.Ejen Hartanah yang mahir dan berpengalaman pasti mampu memberikan Harga Pasaran yang Tepat dan Info yang berkaitan dengan jelas.Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan maklumat berkaitan  yang lengkap.

4.Portal Brickz.my

Portal berbayar sekiranya anda ingin mendapatkan rekod transaksi hartanah yang telah berlaku.Anda perlu membayar yuran langganan untuk mendapatkan laporan lengkap transaksi.

5.Pegawai Bank

Anda perlu menyediakan maklumat lengkap hartanah anda seperti geran,saiz & maklumat lengkap rumah,alamat dll.

6.Penilai Berdaftar

Anda boleh mendapatkan laporan penilaian daripada Penilai Berdaftar.Hanya sekiranya anda memerlukan Laporan Penilaian yang lengkap untuk hartanah anda.

Untuk bantuan segera Servis Profesional Ejen Hartanah di Melaka,

hubungi En Shawal di talian 014 7134938 untuk respons pantas.